RAHSIA ANAK-ANAK BERJAYA - Ibu Ayah amalkan membaca surah-surah ini setiap malam.
Uncle Angah Channel Uncle Angah Channel
153K subscribers
13,515 views
0

 Published On Oct 10, 2021

Ibubapa jangan lupa amalkan 7 doa terbaik ini untuk anak-anak berjaya dunia akhirat.

Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang baik dan mendengar kata-kata ibu bapanya. Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka.

Bagi yang beragama Islam, mereka sentiasa mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksaan dan juga sikap menghormati orang tua. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa akan berasa risau dengan persekitaran anak-anak yang boleh memudaratkan masa depannya.

Tetapi, sejauh mana kita boleh mematau anak-anak? Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang boleh menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala soasial. Jom kita amalkan doa di bawah ini.

1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil :

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah As-Syura ayat 19.Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.

2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh :

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5,

3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal:

Amalkan ayat 40 daripada Surah Ibrahim.

4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat:

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.

5. Doa anak taat perintah Allah:

Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128.

7. Doa memohon rahmat dan keberkatan:

Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.

Surah Al-Imran ayat 8-9
6. Doa agar anak dengar kata:

Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.
Atau Al-Hasyar ayat 22-24

#alwaqiah #almulk #anak #rahsia

show more

Share/Embed